Posted by: Eka Syarif Hidayat | August 23, 2011

Doa dan Terus Berdoa

“berimanlah kamu kepada Allah kemudian beristiqamahlah”. Begitu juga dalam amalan yang lain. Amalan yang sedikit tetapi istiqamah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tidak istiqamah. Malah dicintai oleh Allah. Maksud sebuah hadis: “sesungguhnya perkara yang dicintai oleh Allah adalah istiqamah walaupun sedikit” Tidak lengkap doa, usaha dan istiqamah tanpa satu perkara lagi. iaitu tawakkal. Dengan tawakkal bermakna kita menyerahkan segala yang dilakukan 100% pada Allah tanpa sedikitpun merasakan bahawa usaha kita itulah penyebab kita memperolehi apa yang dihajati. Sebenarnya kita perlu sedar bahawa banyak perkara yang tersirat dan ghaib yang tidak kita ketahui kecuali Allah. Maka perkara tersirat inilah perlu diserahkan kepada Allah. Kerana Dia tuhan yang mengetahui perkara zahir dan ghaib. Perkara dahulu dan akan datang. Perkara kecil mahupun besar. Perkara yang jelas mahupun di dalam hati manusia. Dia mengetahui segala sesuatu tanpa sebarang hijab. Malah Allah sentiasa mengingatkan hamba-Nya untuk bertawakal. Maksud surah Ali Imran ayat 159: “kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertawakkal kepada-Nya” *** Apabila semua perkara ini kita satukan menjadi sebuah talian yang saling berkaitan, maka kita boleh umpamakan seperti mahu bermusafir ke suatu destinasi.

Berniat dan berdoa untuk sampai ke destinasi sahaja tidak cukup. Maka usaha perlu dilakukan dengan menaiki kereta dan menekan pedal minyak. Tetapi apabila menekan pedal minyak pada permulaan, maka perlu menekannya sehingga sampai ke destinasi. Itu yang dinamakan istiqamah. Jika tidak, masakan kereta itu akan bergerak jauh menuju destinasi. Sedang dalam perjalanan, maka bertawakallah dengan mengharapkan kebaikan dari Allah. Maka perjalanan itu insyaallah diberkati dan mudah sampai ke destinasi. Begitu juga dalam setiap amalan seharian kita, semua perlu kepada empat perkara ini. Meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sempurna amalan tersebut. malah mungkin impian yang dihajati terbengkalai di tengah perjalanan. *** “terima kasih banyak pakcik, sekarang baru saya faham kenapa selama ini doa saya tidak termakbul sampai sekarang” “Alhamdulillah, ingat dan amalkan teknik mudah ini. D.U.I.T. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal. Insyaallah apa pun yang dihajati akan termakbul” “tapi pakcik, macam mana pulak kalau dah buat semua ni, tapi masih tidak tercapai apa yang dihajati?” anak muda itu mengharapkan jawapan pasti. “itu bermakna Allah menangguhkan atau tidak memberikan apa yang anak hajati” “maksud pakcik?” “Allah lebih tahu apa keperluan anak. Dia tidak memberi apa yang anak inginkan, tetapi Dia beri apa yang anak perlukan. Jadi berbaik sangkalah kepada Allah, kerana Dia lebih tahu apa yang baik untuk diri kita. Tetapi kena ingat selalu, berbaik sangkalah kepada Allah. Berbaik sangkalah” “insyaallah pakcik. Terima kasih banyak” tersenyum anak muda itu apabila mendapat sesuatu pelajaran baru yang boleh diselitkan dalam kamus hidupnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.